Risiko Dalam Perniagaan; Bagaimana Anda Dapat Menguruskannya?
Di dalam perniagaan pasti ada risikonya. Jika ada yang mengatakan perniagaan mereka tiada risiko, berkemungkinan mereka sedang mempromosikan skim cepat kaya kepada anda.
Di dalam perniagaan risiko boleh di definisikan sebagai kejadian ataupun perkara yang mungkin berlaku dan berpotensi mengakibatkan kesan negatif pada perniagaan.
Justeru itu, anda perlu mengetahui kaedah pengurusan risiko perniagaan. Majalah Sokmo kali ini ingin berkongsi beberapa langkah menguruskan risiko.
Langkah pertama
Anda perlu kenalpasti sesuatu risiko. Apakah sumber risiko tersebut. Sama ada manusia, perubahan persekitaran, perubahan ekonomi, perubahan teknologi dan sebagainya.
Langkah kedua
Risiko tersebut perlu dianalisa. Anda perlu memastikan tahap risiko tersebut dan menyenaraikan untuk tindakan berdasarkan tahap impaknya kepada perniagaan anda. Risiko yang paling tinggi perlu diberi keutamaan untuk diselesaikan.
Langkah ketiga
Merancang proses pengurusan risiko. Anda perlu memastikan siapakah yang akan menguruskan risiko tersebut. Selain itu anda juga perlu tahu bila ia perlu diuruskan dan bagaimana cara terbaik risiko tersebut diuruskan.
Langkah keempat
Memantau kemunculan risiko. Selepas langkah 3 dilaksanakan, pastikan anda memantau kemunculan risiko dan tahapnya. Selain itu juga anda perlu mengubah strategi penyelesaiannya sekiranya perlu.
Langkah kelima
Mengawal risiko. Antara kaedah biasa digunakan ialah memindahkan risiko, mengelakkan risiko, mengurangkan impak negatif risiko dan membuat persediaan secukupnya bagi menerima sebahagian atau semua kesan risiko.
Dengan langkah-langkah yang dinyatakan di atas, diharapkan anda dapat menguruskan sebarang risiko yang bakal anda hadapi di dalam perniagaan anda.
Sumber Majalah Sokmo
No comments:
Post a Comment