Pelan Takaful
Di Etiqa Takaful Berhad anda boleh membuat keputusan yang mana satu plan yang anda ingin sertai. Ia berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan anda di dalam membuat sumbangan. Bukan mengikut hawa nafsu sewaktu anda ingin menyertai mana mana pelan takaful. Buat pertimbangan dengan tenang dan jangan sekali kali berfikir terlalu lama kerana inilah kelemahan utama orang orang melayu kerana membiarkan masa mengambil alih keputusannya
Anda boleh menilai apakah pakej yang sesuai dengan diri dan keluarga anda. Berapa banyak jumlah perlindungan yang anda inginkan?. Kepada siapa anda ingin serahkan wang pampasan.
Sebagai syarikat takaful yang terbesar di Malaysia dan terbesar di dunia. Kami menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bersesuaian dengan anda dan setiap insan yang berada di bumi Malaysia
Anda tidak perlu terburu buru untuk menyertai Takaful Keluarga. Ambil sedikit masa untuk menilai yang mana satukah pelan yang sesuai buat anda sekeluarga? Kerana apabila anda menyertainya anda telah membuat komitmen untuk membuat sumbangan untuk tempoh masa yang agak panjang.
Takaful Keluarga untuk melindungi punca pendapatan anda
Didalam setiap isi rumah selalunya seorang sahaja yang bekerja untuk menampung keperluan seisi keluarga, ada pula keluarga yang dibantu oleh pasangannya untuk meringankan beban tersebut. Perlu diingat bahawa punca pendapatan isi rumah anda bergantung sepenuhnya kepada mereka berdua? Anak anak anda cuma mampu milhat apa yang anda lakukan
Jika salah seorang dari anda atau pun anda sendiri ditimpa musibah seperti Keilatan Kekal Dan Menyeluruh bolehkah pasangan anda mengambil alih tanggung jawab untuk mencari nafkah seorang diri? Saya yakin tidak.
Oleh yang demikian, melindungi ketua keluarga dan pasangannya adalah cukup penting. Dengan sumbangan yang minima anda mampu membina rizab kecemasan berjumlah RM50,000.00
Sekiranya keluarga anda berbelanja setiap bulan berjumlah RM2,500 maka rizab tersebut mampu bertahan selama 20 bulan. Ini bermakna lagi banyak atau besar saiz rizab anda lagi lama keluarga anda boleh bertahan didalam kedudukan sekarang seandainya anda dan pasangan anda ditimpa musibah seperti diatas
Takaful Keluarga untuk persaraan anda
Jika anda tidak mempunyai wang anda terpaksa bekerja seumur hidup anda. Anda sebahagian dari anda yang membaca laman web ini sebenarnya orang yang telah bersara. Apa yang sedang anda lakukan sekarang? Kenapa anda masih bekerja? Kerana anda sebenarnya perlukan wang, bukankah begitu!!!
Takaful Keluarga untuk pendidikan anak anak anda
PTPTN adalah penyelesaian yang mudah buat masa ini tetapi bukan untuk masa depan bagi anak anak anda. Dengan suasana ekonomi yang tidak menentu anda lebih terdekah kepada krisis kewangan kerana anda gagal membayar balik pinjaman PTPTN dan sudah pasti anda dikelilingi oleh hutang sebelum anda dapat bekerja? Anda perlu menabung untuk mengelak situasi menjadi lebih buruk pada masa depan.
Melayu lebih suka meminjam dari menyimpan
untuk pendidikan
No comments:
Post a Comment