Friday, September 9, 2011


KELEBIHAN ETIQA TAKAFUL



1. Mendapat Manfaat Penyakit Kritikal
Peserta yang disahkan mendapat penyakit kritikal tahap-3, boleh membuat tuntutan untuk menjalani rawatan hospital.

2. Manfaat Indemniti akibat kemalangan
Sekiranya peserta terlibat dalam kemalangan, boleh membuat tuntutan berdasarkan tahap-tahap kecederaan atau berlaku mana-mana kecacatan terhadap anggota badan.

3. Manfaat Khairat Kematian
Sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh polisi takaful masih lagi sah, maka keluarga peserta tersebut boleh membuat tuntutan khairat kematian. Khairat kematian akan diberikan kepada penama (waris) yang tercatat didalam dokumen takaful peserta

4. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari semasa mendapat rawatan. Sekiranya peserta menerima rawatan kurang daripada 6 jam, tidak boleh membuat tuntutan elaun hospital.

5. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah
Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

6. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut “Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful”.

7. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat 
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Etiqa Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan ‘penghijrahan’ daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

8. Bersih Zakat 
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Etiqa Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

9. Pengecualian Cukai Pendapatan 
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Etiqa Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

10. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful (win-win situation)

11. Amal Jariah (Tabbaru’at)Falsafah
Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru’ (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

12. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Etiqa Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

13. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya. Dengan menyertai pekej skim Etiqa Takaful pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).
PELAN
prima
ETIQA TAKAFUL PRIMA

Pelan PRIMA dari Etiqa Takaful Berhad adalah pelan takaful keluarga memberikan kebebasan kewangan kepada peserta. Pelan ini menawarkan perlindungan asas, perolehan setiap 3 tahun dan simpanan yang dapat memenuhi keperluan kewangan semasa Peserta.Dengan perolehan tunai setiap 3 tahun tanpa mengurangkan amaun perlindungan, peserta akan mendapat pulangan dan menikmati kebebasan merancang kewangan untuk pelaburan, pendidikan, percutian, ziarah serta umrah.

Dengan kombinasi manfaat asas dan manfaat-manfaat tambahan pelan ini menyediakan jaminan pendapatan, kos perubatan dan elaun hospital dan rawatan penyakit serta pampasan kemalangan. Peserta juga berhak mendapatkan pengecualian cukai pendapatan.

Manfaat Asas
Perolehan Setiap 3 Tahun (Survival) : Jaminan berjadual setiap 3 tahun – 10% nilai amaun Perlindungan dan baki selebihnya dibayar apabila sijil matang
Kematangan : semasa tamat kontrak – jumlah terkumpul Akaun Peserta + Mudharabah Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta
Manfaat Kematian : berlaku kematian ketika tempoh perlindungan – Amaun Perlindungan + jumlah terkumpul Akaun Peserta + Mudharabah Akaun Peserta.
Waris akan menerima Khairat Kematian Segera dalam tempoh 24 Jam (RM1,000) bagi perbelanjaan pengebumian
Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh : berlaku keilatan kekal ketika tempoh perlindungan sebelum 65 tahun -
Tahun Pertama – 20% Amaun Perlindungan tanpa menolak manfaat survival yang sudah berbayar + jumlah terkumpul Akaun Peserta + Mudharabah Akaun Peserta

Tahun Kedua – 20% Amaun Perlindungan bagi setiap tahun
Tahun Kelima – 40% Amaun Perlindungan
Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya

Manfaat Tambahan
Rider Bertempoh
Kematian & Keilatan akibat Kemalangan
Indemniti Kemalangan
Elaun Hospital
Penyakit Kritikal
Kad Perubatan
Pembayar untk Juvana

PLAN MESRA
ETIQA TAKAFUL MESRA


PENGENALAN PELAN
Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang mempunyai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh disepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

MANFAAT ASAS
1. Kematangan
Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai
2. Keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)
i. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan atau untung, dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang ganguan untuk tempoh tidak kurang dari 6 bulan.
ii. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang /putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, hilang/putus satu tangan pada /atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/ atas pergelangan tangan atau buku lali.
Untuk pelan juvana, hanya (ii) sahaja terpakai.
3. Kematian
Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan.

CIRI-CIRI PELAN
• Perlindungan berserta simpanan
• Perlindungan boleh disertai seawal umur 6 bulan
• Penyertaan boleh bermula selewaEtiqaya umur 60 tahun
• Perlindungan keilatan kekal menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja atau menurut tempoh   pelan asas (yang mana terdahulu)
• Peruntukan bukan lucuthak melalui sumbangan otomatik (non-forfeiture option in aotomatik contribution)
• Tiada Lien untuk juvana
• Manfaat kematian dan keilatan kekal menyeluruh adalah disertakan dalam pelan
PERATURAN PENGUNDERAITAN
Had Umur Penyertaan – Minimum 6 bulan (Tarikh lahir akan dating)
Maksimun 60 tahun (Tarikh lahir akan datang)
Tempoh sijil – Minimum 5 tahun, Maksimum 79 tahun
Umur matang – Maksimum 80 tahun
Tempoh Sumbangan – Selaras dengan tempoh sijil
Amaun sumbangan – Minimum RM600.00 setahun
Maksimum tiada had
Perlindungan Minimum – RM10,000.00
Perlindungan Maksimum- Dewasa – Tertakluk kepada pengunderaitan manakala Juvana – RM200,000- jumlah keseluruhan termasuk semua pelan asas dan rider bertempoh sahaja.
Aliran Sumbangan -
Tahun Akaun Peserta Akaun Khas Peserta
1 0% 100%
2 10% 90%
3 50%
4 75% 25%
Nilai Tunai Sijil – Jumlah akaun Peserta Terkumpul
Lat Sumbangan – Tahunan , Setengah tahunan, Suku Tahunan dan bulanan

PEMBAYARAN MANFAAT
1. MANFAAT KEMATIAN
i. Manfaat kematian biasa
Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta
ii. Manfaat Kematian akibat kemalangan sama seperti kematian biasa

2. MANFAAT KEILATAN KEKAL MENYELURUH
i. Manfaat keilatan kekal menyeluruh akibat penyakit (sebelum umur 65 tahun)
Tahun Pertama 10% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta+ Mudharabah dari Akaun Peserta
Tahun Kedua 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Keempat 10% dari Amaun Perlindungan
Tahun Kelima 60% dari Amaun Perlindungan
Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya
ii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat kemalangan (sebelum umur 65 tahun)
Sama seperti keilatan kekal menyeluruh akibat sebab biasa.
iii.Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan ( selepas
umur 65 tahun) Tiada Manfaat dibayar

3.MANFAAT KEMATANGAN
Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta
PENGIRAAN SUMBANGAN
Sumbangan Pelan Asas tahunan – Jumlah perlindungan x Kadar sumbangan 1000
CONTOH PENGIRAAN
Andaian – Umur pada tarikh lahir akan datang – 35 tahun
Tempoh Sijill – 30 tahun
Kadar sumbangan – 26.80
Jumlah perlindungan – RM100,000.00
Sumbangan Tahunan – RM100,000.00 x 26.80 / 1000 = RM2,680.00
Mod bayaran – 12 bulan (Bulanan)
Sumbangan Bulanan – RM223.33

RIDER TAMBAHAN
1.Rider bertempoh (Term Rider)
Ditawarkan kepada Peserta dewasa( 18-60 tahun) dan juvana( 6 bulan-17 tahun)
2.Manfaat kematian & keilatan akibat kemalangan
Accidental Death & Disability Benefit(ADDB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-60 tahun) dan juvana (6 bulan-17 tahun)
3. Manfaat Idemniti kemalangan
Accidental Indemnity Rider (AIR)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja
4.Manfaat Hospital
Hospital Benefit(HB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) dan juvana (6 bulan-17 tahun)
5.Penyakit kritikal
Critical Illness (CI)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja
6. Manfaat Pembayar Untuk Pelan Juvana
Payor Benefit For Juvenile (PB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja
PLAN WARISAN

PENGENALAN PELAN
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang mempunyai kelebihan dari segi  PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 55 tahun sahaja.
Pelan ini memberikan PERLINDUNGAN jangka panjang sehingga usia 88 tahun dimana peserta mempunyai tiga pilihan sumbangan sehingga ke umur 55, 60 atau 65 tahun
Agihan Sumbangan
Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )
1            0%                                                100%
2           10%                                               90%
3           50%                                               50%
4          75%                                                25%  dan seterusnya
Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )
Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil anda atau hubungi kami dengan mengisi borang pertanyaan online di bahagian pertanyan
permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda
Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
Manfaat kematian
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Pulangan tunai ketika sijil matang melalui akaun ( AP )
Manfaat kematian
Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan  tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan

Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai
Manfaat tambahan
Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-
Manfaat Hospital
Manfaat Pampasan Kemalangan
Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )

Ciri ciri pelan
Perlindungan beserta simpanan
Perlindungan sehingga umur 88 tahun
Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja
Peruntukan bukan lucut hak melalui sumbangan Otomatik ( Non-Forfeiture Option in Automtic 
Contrubution )
3 pilihan tempoh sumbangan sehingga umur 55, 60 atau 65 tahun
Tiada LIEN Juvana
Manfaat kematian dan keilatan kekal dan menyeluruh dilanjutkan kepada Juvana

Maksud LIEN Juvana
Umur kanak kanak                     % Manfaat
1 tahun                                               20
2 taun                                                 40
3 tahun                                               60
4 tahun                                               80
5 tahun                                              100
Etiqa Takaful Berhad tidak mempraktikan sistem ini didalam pelan asas untuk kanak kanak. Oleh itu, jika kanak kanak tersebut meninggal dunia maka waris berhak mendapat 100% jumlah perlindungan yang disertainya
Contoh,
Peserta membuat sumbangan sehingga usia 55 tahun. Selepas usia tersebut beliau tidak perlu lagi membuat sumbangan kepada syarikat takaful dan beliau masih boleh mendapat manfaat kematian jika beliau meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh
Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi saya
PLAN SARJANA
PENGENALAN PELAN
Merupakan Pelan Takaful Keluarga yang menyediakan tabung pendidikan kanak kanak beserta perlindungan yang konprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang. Pelan ini ditawarkan kepada anak yang berumur 14 hari hingga 17 tahun.

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat apabila peserta berumur 13 tahun hingga 25 tahun mengikut tempoh kontrak yang dipilih. Pelan ini juga menawarkan pelbagai manfaat yang menarik untuk menjamin masa depan pendidikan anak anda sekiranya berlaku perkara perkara yang tidak diingini.

Manfaat khas
Manfaat matang ( Pulangan Akaun peserta + Mudharabah )
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat kematian
Pendahuluan pendidikan
Anugerah intelek

Ciri ciri pelan

Ketika kontrak matang, kesemua jumlah Akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta beserta mudharabah akan dibayar
Pelan ini menyediakan pendahuluan pendidikan tiga tahun sebelum tempoh matang
Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh, keseluruhanjumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar
Terdapat peruntukan bukan luhcut hak melalui sumbangan automatik
Tiada lien Juvana

Peraturan pengunderaitan
Had umur layak menyertai
14 hari hingga 17 tahun
Tempoh kontrak
5 tahun hingga 25 tahun
Umur matang
13 tahun hingga 25 tahun ( pilihan )
Sumbangan minimum
RM600 setahun ( pelan asas + tabungan tambahan TOP-UP )
Perlindungan minima
RM10,000.00
Jumlah perlindungan keseluruhan untuk Juvana terhad sehingga 
RM250,000.00 sahaja ( Pelan asas + Rider bertempoh )
Pembayaran manfaat
1. Manfaat matang
Jumlah Akaun peserta terkumpul
+ Mudharabah Akaun Peserta terkumpul
+ Lebihan dari Akaun Khas Peserta
2. Manfaat Keilatan kekal dan menyeluruh
Tahun pertama
20% dari Amaun perlindungan
+ Jumlah Akaun Peserta terkumpul
+ Mudharabah dari Akaun Peserta
Tahun kedua
40% dari Amaun perlindungan
Tahun ketiga
40% dari Amaun perlindungan
3. Manfaat kematian
 Jumlah Amaun Perlindungan
+ Jumlah Akaun peserta terkumpul
+ Mudharabah dari Akaun peserta
4. pendahuluan pendidikan
Pendahuluan pendidikan
Sebahagian dari jumlah akaun peserta ( 80% )
3 tahun sebelum sijil matang
Anugerah intelek:
Jika anak anak anda memperolehi keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan berikut. Etiqa Takaful Berhad akan mengurniakan
Peringkat         Kelulusan         Anugerah
UPSR               5A                          RM500
PMR                 8A                          RM750
SPM                 8A                          RM1000
STPM               5A                          RM1000
Kelebihan plan ini
Manfaat pembayar
Skop perlindungan
Sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh. Sumbangan bulanan akan dilunaskan sehingga sijil matang atau sehingga umur anak mencapai 20 tahun ( mana yang terdahulu )
Manfaat Pendapatan keluarga
Skop perlindungan
Membayar pendapatan tahunan untuk keluarga sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh.
Jumlah perlindungan ( tuntutan ) akan dibayar secara setara ( sama rata ) bagi baki tempoh kontrak tersebut
Siapa yang boleh menyertai:
Terbuka kepada kanak kanak yang berusia 14 hari hingga 17 tahun
Sumbangan minima RM50.00 sebulan

Untuk mendapat maklumat lanjut, boleh hubungi saya

RENUNGAN
“Dan orang-orang yang (hampiri) mati di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka iaitu diberi nafkah saguhati makanan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya” (Surah Al-Baqarah : Ayat 240)

“Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dengan keadaan meminta-minta” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...