Sunday, September 18, 2011

IKHLAS SAVING TAKAFUL - serendah RM3.33 sehari.


INFO TERKINI


IKHLAS SAVING TAKAFUL - serendah RM3.33 sehari.


Pelan Ikhlas Saving Takaful merupakan pelan insurans di dalam bentuk simpanan berlandaskan syariah. Ini bermaksud, apabila anda menyimpan bersama TAKAFUL IKHLAS, anda akan memperolehi SIMPANAN + PERLINDUNGAN. Ianya berbeza dari mana-mana pelan insurans yang terdapat dipasaran terutamanya dari insurans konvensional. Dari segi pengurusan kewangan, insurans konvensional terdapat unsur-unsur riba, maisir dan gharar yang mana ketidakpastian wujud di dalam insurans konvensional tersebut. Namun diTAKAFUL IKHLAS, konsep wakalah (perwakilan) dan taawuni (tolong menolong) diamalkan.


TAKAFUL IKHLAS ditadbir oleh Majlis Pengawasan Syriah. Namun kebanyakan syarikat insurans konvensional yang terdapat dipasaran, tidak mempunyai Majlis pengawasan Syariah. Biasanya mereka hanya menubuhan satu unit kecil yang bertindak sebagai badan penasihat syariah diaplikasikan oleh mereka.

Fungsi Majlis Pengawasan Syariah ialah mengawal selia semua proses keluar masuk wang ke dalam akaun TAKAFUL IKHLAS adalah 100% tanpa unsur syubhah dan riba, dan perniagaan ini dizakatkan. Berbeza dengan syarikat konventional yang lain dimana perniagaan mereka tidak dizakatkan dan badan/unit penasihat hanya bertindak sekadar menasihati badan pentadbir. Terpulang kepada syarikat tersebut sama ada mahu mengikuti nasihat-nasihat itu oleh lembaga pengarah insurans tersebut. Dari segi nama pun sudah berbeza iaitu Mengawasi dan Menasihat.



Insurans konvensional terdapat unusr-unsur riba dimana sebagai contoh:

Anda membayar polisi RM100.00 sebulan dalam insurans konvensional selama 30 tahun tempoh matang. Di dalam jangka masa tersebut anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan, dan apabila sijil ini matang, polisi yang anda bayar pada setiap bulan tersebut tidak akan dipulangkan wangnya 100%.

Terdapat perbezaan di TAKAFUL IKHLAS kerana apa yang anda carumankan pada setiap bulan akan dikembalikan wangnya 100% berserta keuntungan syarikat. Sekiranya pencarum tidak pernah membuat sebarang tuntutan atau pun pernah buat tuntutan sekalipun yang tidak menamatkan polisi (penyakit kritikal), wang yang pencarum akan dipulangkan 100% bersama dengan unjuran keuntungan syarikat selama mana tempoh polisi tersebut.


Sebagai contoh sekiranya anda berumur 25 tahun, membuat simpanan RM100.00 selama 30 tahun denganPERLINDUNGAN ASAS RM60,000 :

Nilai simpanan pencarum setelah 30 tahun berserta keuntungan dari TAKAFUL IKHLAS ialah sebanyak RM51,484.84 (anggaran - 100% simpanan + ~43% keuntungan= ~143% keuntungan). PERLINDUNGAN ASAS adalah nilai pampasan yang akan dibayar oleh pihak TAKAFUL IKHLAS sekiranya berlaku:-


1 NATURAL DEATH (kematian biasa), pampasan yang akan dibayar kepada pencarum ialah:
(RM51,484.84 + simpanan terkini + Khairat kematian RM3,000).

2 ACCIDENTAL DEATH = RM52,260 (pampasan ini akan dibayar sekiranya kematian yang disebabkan oleh kemalangan. Jumlah pampasan yang waris pencarum akan perolehi sebanyak (RM60,000 + RM RM52,260 + simpanan terini + Khairat kematian). Jumlah pampasan ini akan dibayar sepenuhnya walaupun pencarum baru menyimpan selama seminggu bersama TAKAFUL IKHLAS.

3 CRITICAL ILLNESS = RM50,000 (pampasan ini akan dibayar kepada anda sekiranya dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab penyakit kritikal - 40 PENYAKIT KRITIKAL) . Namun, surat doktor sebagai pengesahan diperlukan.


4 IMMEDIATE DEATH EXPENSES = RM3,000 (khairat kematian yang akan dibayar 24 jam kepada waris bagi memudahkan pengurusab jenazah).


Sekiranya tidak berlaku sebarang musibah (kematian ataupun lumpuh) sehingga berumur 55 tahun, duit simpanan anda akan di pulangkan sebanyak 143% (beserta keuntungan syarikat)


Ikhlas Saving Takaful ini kadarnya murah apabila umur pencarum masih muda serta ianya Islamik, terjamin simpanannya dan telah dizakatkan. Oleh itu wang caruman ini bersih dan mempermudahkan pencarum untuk menunakan fardhu Haji.


Mengapa TAKAFUL IKHLAS Penting

Secara amnya , ramai orang masih belum menyedari kepentingan TAKAFUL bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang.

Mereka sering berkata "Apa penting nye TAKAFUL ni? Ahhhh semua insurance ni penipu..Bila time nak masuk, ramailah agent-agent yang bermulut manis, bile time nak claim semua lari." ULASAN : Sebenarnya insurance tidak menipu, sebagai orang yang berfikiran matang anda perlu mengetahui secara jelas mengenai semua terma dan syarat-syarat yang tercatat di dalam polisi anda. Sepatutnya, sebelum anda menandatangani borang permohonan polisi tersebut, anda perlu bertanya kepada agen anda mengenai polisi yang bakal anda ambil bagi mengelakkan salah faham kelak. Soalan yang boleh anda tanyakan kepada agen anda ialah Apakah yang di lindungi dalam polisi ini?""Apakah pula yang tidak dilindungi di dalam polisi ini?" "Berapakah bayaran bulanan polisi ini?" "Adakah cas-cas yang tersembunyi sekiranya saya membayar polisi ini?" 'Situasi apakah yang mungkin mendatangkan masalah sekiranya saya ingin membuat tuntutan kelak?" Inilah antara soalan-soalan penting yang perlu ditanya kepada agent anda agar tidak berlaku keraguan di masa depan. Kita sebagai orang yang berilmu perlu memikirkan semua jenis kebarangkalian yang bakal terjadi.

Dan paling menyedihkan lagi sampai ada yang mengatakan.."Ah TAKAFUL ni..bukannya boleh bawak mati..kalau dapat pampasan pun bukannya aku yang terima..taknak lah aku!" ULASAN : Memang betul, pembeli polisi tidak akan dapat apa-apa setelah berlakunya kematian pada dirinya. Tapi cuba anda fikirkan? bagaimana pula dengan orang yang kita tinggalkan? Lebih menyedihkan lagi bagaimana pula nasib orang yang kita tinggalkan sekiranya kita mempunyai hutang-piutang yang agak banyak? Bagaimana nasib isteri dan anak-kita kita untuk menyambung kehidupan mereka? Cuba sematkan kembali persoalan-persoalan ini pada diri anda. Cuba anda fikir-fikirkan? Sekiranya anda mempunyai polisi hayat, sekurang-kurangnya pampasan yang bakal diterima oleh waris-waris anda akan meringankan lagi bebanan mereka? Sekurang-kurangnya dengan wang pampasan yang di bayar oleh pihak TAKAFUL kepada waris anda, dapat membantu diri mereka meneruskan hidup sementara waktu? Fikir-fikirkan lah.

Dan ada juga yang berkata "Ah..taknak lah aku masuk, INSURANS ni semua penipu, haram lak tu..bayar dah lah mahal tiap-tiap bulan tapi by the end of the day tak dapat apa-apa pun!" ULUSAN : TAKAFUL dalam Islam adalah dibolehkan tetapi insurans hukumnya haram kerana mempunayi unsur-unsur yang dilarang di dalam Islam. Malaysia telah menubuhkan beberapa jenis insurance berteraskan Islam dimana terhindar dari konsep riba dan syubhah. Sebagai contoh Takaful Ikhlas Sdn Bhd merupakan salah satu daripada beberapa syarikat insurance islam yang beroperasi di Malaysia. Antara pelan-pelan yang ditawarkan di dalam ialah berkonsepkan simpanan atau pelaburan. Berbeza dengan syarikat insurance yang lain dimana dengan membuat polisi insurance berasaskan simpanan, wang yang anda bayar tidak disia-siakan.

Sesetengah pula memberi alasan “ermm…company dah cover, buat apa susah-susah bazir duit. Shopping lagi bagus, tak pun simpan jer dalam ASB. Untung pun banyak!” ULASAN : Cuba anda bayangkan sampai bilakah anda akan bekerja dengan syarikat atau sesuatu jabatan tersebut. Sebagai contoh jika anda bekerja di sesebuah syarikat swasta, anda boleh melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain pada bila-bila masa sahaja. Sudah tentunya faedah yang akan anda perolehi juga berbeza-beza. Jika difikir-fikirkan, wang simpanan tersebut akan menjadi tabungan anda pada masa akan datang. Bila berlaku musibah pula, anda memperolehi sumber kewangan tambahan bagi membuat rawatan mahupun ditinggalkan kepada waris anda.Malahan anda akan memperolehi pelbagai manfaat dari simpanan anda tersebut beserta dengan keuntungan syarikat apabila sijil polisi anda tamat tempoh. Ia diibaratkan sambil menyelam minum air. Sambil anda menyimpan, anda memperolehi perlindungan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...