Thursday, November 3, 2011








Soalan Lazim Perbankan Islam


Apakah perbankan Islam?










Ia adalah aktiviti perbankan yang berlandaskan prinsip Islam yang melarang pembayaran dan penerimaan faedah serta menggalakkan perkongsian untung di dalam amalan perbankan dari sudut pandangan Islam.








Adakah perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja?










Tidak. Perbankan Islam adalah terbuka kepada semua individu tanpa mengira kepercayaan agama mereka.








Apakah perbezaan di antara perbankan Islam dan konvensional?










Perbezaan yang utama di antara perbankan Islam dan konvensional ialah larangan pembayaran/penerimaan faedah di dalam urusan perbankan Islam. Aktiviti perbankan Islam adalah berlandaskan prinsip dagangan, iaitu, pembelian dan penjualan aset. Sebagai contoh, di dalam pembiayaan perumahan, harga jualan (termasuk keuntungan pihak bank) telah ditetapkan dari awal.









Sebagai pendeposit, bagaimanakah saya memperoleh pulangan memandangkan perbankan Islam tidak membayar faedah ke atas deposit?










Perbankan Islam adalah berlandaskan prinsip perkongsian untung di antara bank dan pendeposit. Keuntungan daripada aktiviti-aktiviti perbankan Islam akan dikongsi di antara bank dan pendeposit berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui dan dibayar dalam bentuk dividen kepada pendeposit. Jumlah dividen yang diberi bergantung kepada jumlah keuntungan yang dihasilkan daripada operasi bank berkenaan.








Di manakah boleh saya mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam?










Anda boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bank-bank yang mempamerkan logo perbankan Islam seperti yang ditunjukkan di bawah:




Bank-bank yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam adalah disenaraikan di Lampiran. Untuk maklumat terkini mengenai senarai bank-bank yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam sila lawati laman web www.bnm.gov.my









Adakah operasi bank-bank SPI mematuhi kehendak Syariah sepenuhnya?










Ya, operasi bank SPI memenuhi segala kehendak Syariah kerana semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank SPI mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan untuk Bank-bank Islam dan Takaful. BNM telah juga menerbitkan satu garis panduan kepada bank SPI tentang operasi perbankan Islam yang menghendaki bank SPI untuk mengasingkan dana dan aktiviti perbankan Islam mereka daripada perbankan konvensional.









Adakah bank SPI dibenarkan untuk memindahkan baki kredit akaun perbankan Islam ke akaun konvensional?










Di atas permintaan pelanggan, bank SPI boleh memindahkan dana daripada akaun perbankan Islam kepada akaun konvensional. Walau bagaimanapun, pemindahan dana daripada akaun konvensional ke akaun perbankan Islam terhad kepada bahagian prinsipal asal sahaja. Sebarang elemen faedah tidak dibenarkan untuk dipindahkan ke akaun perbankan Islam.









Di manakah boleh saya mengemukakan aduan sekiranya saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh bank Islam atau bank SPI?










Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh bank Islam atau bank SPI, anda boleh mengemukakan aduan rasmi kepada pihak pengurusan bank berkenaan.
Bagi bank-bank SPI, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh pihak pengurusan bank berkenaan, anda boleh mengemukakan aduan tersebut ke Biro Pengantaraan Perbankan (BPP), satu badan berkecuali yang mengendalikan aduan terhadap institusi-institusi kewangan. Walau bagaimanapun, BPP hanya mengendalikan aduan yang melibatkan kerugian kewangan yang tidak melebihi RM25,000 bagi aduan-aduan seperti berikut:

Caj bayaran perkhidmatan dan penalti yang keterlaluan Iklan yang mengelirukan Pengeluaran deposit tanpa kebenaran Penggunaan kad kredit tanpa kebenaran Amalan yang tidak adil dalam mengambil tindakan ke atas penjamin Bagi bank Islam dan kes-kes di luar bidang rujukan BPP, anda boleh merujuk aduan anda kepada BNM. Alamat surat-menyurat BPP dan BNM adalah seperti berikut:

Biro Pengaduan Perbankan
Tingkat 5, MUI Plaza
Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur
(Untuk bank-bank SPI sahaja)

Jabatan Perbankan Islam dan Takaful
Tingkat 5, Blok A
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk membuat aduan terhadap sesebuah bank, sila rujuk kepada "Membuat Aduan Perihal Perbankan."

LAMPIRAN II
Institusi-institusi Perbankan Yang Menawarkan Produk dan Perkhidmatan Perbankan Islam (pada 31 Disember 2002)

Bank-bank Islam
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank-bank perdagangan
AFFIN Bank Berhad
Alliance Bank Berhad
AmBank Berhad
Bank Utama (M) Berhad
Citibank Berhad
EON Bank Berhad
Hong Leong Bank Berhad
HSBC Bank (Malaysia) Berhad

Malayan Banking Berhad
OCBC Bank (Malaysia) Berhad
Public Bank Berhad
RHB Bank Berhad
Southern Bank Berhad
Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad

Syarikat-syarikat kewangan
AFFIN-ACF Finance Berhad
EON Finance Berhad
Hong Leong Finance Berhad
Mayban Finance Berhad
AmFinance Berhad
Public Finance Berhad
Southern Finance Berhad





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...