Langkah-langkah Menggalakkan Pengurusan Kewangan Berhemat dan Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab.
Pengenalan
Penggunaan kad kredit, yang dikeluarkan oleh institusi-institusi perbankan dan pengeluar yang lain, semakinmendapat tempat sebagai instrumen pembayaran di kalangan rakyat Malaysia. Statistik Laporan Tahunan BankNegara Malaysia setakat Jun 2011 telah menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai purata baki tertunggaksebanyak RM3,900 untuk setiap kad kredit yang dimiliki. Sehubungan ini, perkembangan penggunaan kadkredit yang semakin meluas perlu dipantau dengan sewajarnya bagi melindungi kepentingan pengguna secarakeseluruhannya.
Langkah-langkah Baru
Sebagai langkah menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kadkredit, beberapa langkah baru telah diperkenalkan yang akan berkuatkuasa mulai 2012. Antara langkah-langkah yang diperkenalkan adalah:
Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000setahun; dan
Bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kadkredit daripada dua pengeluar kad sahaja. Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kadpilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahununtuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini. Di samping itu, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. Sekiranya pemegang kad sedia adamempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan, pemegang diberi tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.
Pengeluar kad disarankan agar berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selain itu,pemegang kad juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusan hutang mereka.
Tanggungjawab Pengeluar Kad Kredit Dalam Pemberian Kad Kredit
Wajar, telus dan bertanggungjawab dalam memasarkan dan menawarkan kad kredit kepadapengguna.
Tidak dibenarkan untuk menaikkan had kredit pemegang kad tanpa persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.
Tidak dibenarkan untuk menawarkan pendahuluan kredit dalam bentuk cek berbayar kepadapemegang kad melainkan pemegang kad kredit telah memohon untuk pendahuluan kredit.
Memudahkan pengguna membuat perbandingan dan keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi, pengeluar kad dikehendaki menyediakan lembaran penzahiran produk (product disclosure sheet) yang mengandungi maklumat penting mengenai ciri-ciri kad, fi dan tanggungjawab pemegangkad.
Memberikan peringatan dengan jelas untuk memberitahu pemegang kad akan implikasi jika hanyamembuat bayaran semula secara minimum dan sebahagian.
Memaklumkan maklumat khusus mengenai tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhanbaki pinjaman pemegang kad kredit dan jumlah kos faedah sekiranya pemegang kad kredit hanyamembuat pembayaran minimum akan dikeluarkan kepada setiap pemegang kad setiap akhir tahunberkuat kuasa untuk penyata tahunan yang dikeluarkan mulai bulan Disember 2011.
Penambahbaikan ciri keselamatan infrastruktur kad kredit
Pemberitahuan transaksi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) akan dilaksanakan oleh pengeluar kad kepada pemegang kad mereka selepas transaksi dilakukan.
Langkah ini akan disusuli dengan pelaksanaan pengesahan nombor pengesahan peribadi (Personal Identification Number, PIN) untuk semua transaksi kad kredit mulai 1 Januari 2015.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan garis panduan baharu kad kredit tersebut boleh menghubungi ABM Connect di 1-300-88-9980, pusat hubungan pengeluar kad masing-masing dan TELELINK Bank Negara Malaysia di 1300-88-5465.
No comments:
Post a Comment