Wednesday, October 12, 2011

ADAKAH ANDA DILINDUNGI






 
 Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka?  
   
 
Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan takaful mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya.
 
Maklumat Berkaitan

Prinsip asas insurans dan takaful

Jenis insurans

Jenis takaful

Di mana saya boleh dapatkan produk insurans atau takaful?
 
Saya Mahu...

Emel laman ini kepada kawan

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
 
Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
  
Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.
 
 
Sebelum anda membeli polisi insurans atau pelan takaful selidik dan ketahui lebih lanjut tentang produk insurans dan takaful yang ada di pasaran. Bukan semua polisi atau pelan sesuai untuk anda. Polisi-polisi atau pelan-pelan yang berbeza menawarkan ciri-ciri, manfaat, syarat-syarat dan pengecualian yang berbeza.

Kaji terlebih dahulu polisi atau pelan yang ingin dibeli agar bersesuaian dengan keperluan dan peringkat hidup anda. Lindungi diri anda. Lindungi mereka yang tersayang dan pastikan pelaburan anda untuk perlindungan ini berbaloi.
 
 
Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans hayat dan pelan takaful keluarga dapat menjamin daripada segi kewangan dan boleh memberi mereka perlindungan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan setelah anda tiada. Dan dengan polisi seperti insurans berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.
 
 
Kecederaan boleh berlaku dan penyakit boleh menyerang tanpa sebarang amaran. Rawatan yang tepat dan cepat merupakan antara cara yang terbaik untuk memastikan kecederaan atau penyakit yang dialami tidak memudaratkan. Dengan kos perubatan moden yang semakin meningkat, mendapatkan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa tidak harus bergantung kepada simpanan atau wang tunai anda semata-mata. Pastikan kos rawatan dan perubatan anda tidak menjadi masalah ketika anda memerlukannya dengan insurans perubatan dan kesihatan atautakaful perubatan dan kesihatan. 
 
 
Anda mungkin menghitung hari sehingga anda boleh berehat dengan secukupnya di samping keluarga. Walau bagaimanapun, dengan kadar inflasi kini, kadangkala wang simpanan anda tidak dapat memenuhi keperluan anda.

Dengan anuiti persaraan, anda boleh melabur wang anda untuk kehidupan anda selepas bersara, agar wang yang anda perolehi sekarang boleh digunakan dengan lebih bermakna kelak.
 
 
 
Rumah anda merupakan tanggungjawab kewangan anda yang terbesar. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda mahu memastikan aset anda ini kekal selamat, daripada bencana alam, kemalangan dan kecurian. Insurans perumahan dantakaful perumahan boleh menjamin rumah serta kelengkapan di dalamnya selamat.
 
 
Sekiranya anda mempunyai kenderaan bermotor atau motorsikal, anda wajib untuk membeli insurans motor. Jadi, luangkan sedikit masa untuk memahami apa yang dilindungi insurans motor dan takaful motor anda. Pastikan bagaimana polisi tersebut melindungi kenderaan anda dan boleh membantu anda ketika membaiki atau mendapatkan kembali kenderaan anda jika berlaku sebarang kemalangan atau kecurian.
 
 
Ketika berada di luar negara, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku seperti kehilangan pasport, kecederaan atau berlaku sesuatu yang lebih buruk. Insurans perjalanan menjamin anda serta barangan milik anda terpelihara. Insurans kemalangan diri atau takaful kemalangan diri,pula menjamin perlindungan ke atas diri anda 24 jam seantero dunia, tidak kira di mana anda berada.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...