Tuesday, October 25, 2011


Gambar Dinding

Kepentingan Insurans Takaful: Topi keledar tidak mampu mengelak pemakainya dari berlaku kemalangan, tapi mampu mengurangkan risiko jika berlaku kemalangan. Begitu juga takaful, ia tidak mampu mengelak pemiliknya dari berlaku kemalangan, tapi mampu mengurangkan risiko jika kemalangan.

Wednesday, October 12, 2011


TIPS UNTUK MEMILIH POLISI TAKAFUL


Apabila memilih polisi takaful, sentiasalah:
Beli polisi yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda. Sebagai contoh, anda telah mempunyai polisi takaful dari syarikat lain. Jika ada, rujuk kembali polisi lama untuk mengetahui jenis perlindungan yang telah anda miliki.

Pastikan anda mampu bayar. Perlu diingat bahawa membayar polisi takaful adalah komitmen jangka panjang. Jangan bayar lebih daripada apa yang anda mampu, jika tak bayar (walaupun sebulan), risiko untuk lapse & masalah claim akan berlaku. Ambil masa untuk berbincang dengan perunding takaful anda, pastikan perunding mempunyai pengetahuan yang cukup tentang produk-produk yang ditawarkan dan produk-produk dari syarikat lain.Fahami terma dan syarat sebelum mendapatkan polisi.

Antara "soalan asas" yg anda perlu ditanya ialah:
Bila dah beli, bila perlindungan akan bermula?

Apakah jenis perlindungan & manfaat ditawarkan dengan bajet saya ini?
Berapa jumlah perlindungan dengan bajet saya ini?
Berapa tempoh min & max polisi? Apa akan berlaku setelah tamat tempoh polisi?
Untuk "medical kad", bila boleh guna?berapa tempoh max?apa manfaatnya?mudahkah cara nak guna?apakah ko-takaful?panel hospital?had limit kad setahun & sepanjang polisi?
Jika tidak bayar polisi, apa akan berlaku? adakah polisi akan tamat? masih boleh claim?
Berapa kadar keuntungan/mudharabah untuk simpanan?
Siapa yang akan saya hubungi jika ada pertanyaan?
Apa yg tidak dilindungi?

5. Setelah dapat polisi, baca betul-betul terma dan syarat sekali lagi, biasanya syarikat takaful memberi anda tempoh selama 15 hari untuk memahami isi kandungan polisi. Pihaksyarikat akan mengembalikan sumbangan/bayaran jika anda tidak berpuas hati dengan terma dan syarat. Kalau boleh, minta perunding hantar polisi secara terus kepada anda. Bukan melalui pos. Hati-hati ye!


Bertindaklah(sekurang2nya miliki 1 polisi) sebelum menyesal di kemudian hari. Wallahualam...

Masa kini, tiada lagi alasan untuk mengabaikan "keperluan asas"(takaful hayat) ini. Noktah.

Contoh simpanan pendidikan dengan Takaful Ikhlas


~♥~ Kasih Sayang Penentu Segala ~♥~
Provide your loved ones with what they deserve


Wakil Takaful IKHLAS

Contoh simpanan pendidikan dengan
Takaful Ikhlas

Dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat, pendidikan menjadi keutamaan dalam meraih kedudukan kewangan, kerjaya dan masa depan yang stabil. Ibubapa kini semakin prihatin untuk memberikan pendidikan yang TERBAIK kepada anak-anak mereka. Namun, harus diingati bahawa kos pendidikan di institusi pengajian tinggi semakin meningkat dan perjalanan hidup semakin sukar diramalkan. Ini bermakna peruntukan kewangan harus dilakukan mulai dari SEKARANG untuk memastikan impian memberikan pendidikan yang terbaik untuk yang tersayang tidak terjejas.

Quote:
Tahukah anda kos pendidikan IPTS yang berjumlah RM68,520 hari ini akan menjadi *RM165,133 pada 18 tahun akan datang? Disinilah yang ramai orang tidak sedar, betapa pentingnya untuk memulakan simpanan pendidikan anak2 dari sekarang.
(Sumber :Education Guide Malaysia Edisi ke 4)
* Jumlah selepas kadar inflasi 5% mengikut trend kenaikan kos pendidikan di Malaysia.

Jika anda masih tercari-cari pelan yang bersesuaian untuk pendidikan anak anda, IKHLAS EDUCATION CLASSIC TAKAFUL (IECT) adalah jawapannya. Simpanan di Takaful adalah lebih baik kerana sekiranya terjadi sesuatu (kematian, hilang upaya kekal & menyeluruh, lumpuh dan mendapat salah satu dari 40 sakit kritikal) keatas pembayar, maka Takaful akan terus membayar sehingga polisi mencapai tempoh matang.
Quote:
Syarat2 penyertaan:

Umur peserta : 30 hari - 12 tahun (UHAD)
Umur pembayar : 20 tahun - 50 tahun (UHAD)
tempoh matang : 18 - 23 tahun


Sanggupkah kita membiarkan anak kesayangan kita tidak dapat meneruskan pengajian mereka disebabkan kita tidak merancang masa depan mereka?

SIMPANAN RM100 SEBULAN

MANFAAT PEMBAYAR
1) Sumbangan akan terus dibayar oleh Takaful Ikhlas :-
$$$Sekiranya pembayar meninggal dunia @ hilang upaya kekal & menyeluruh @ ditimpa salah satu dari 39 penyakit kritikal. Anak dapat manfaat matang & pastilah harapan kita untuk memberikan pendidikan tinggi untuk anak akan tercapai walaupun kita tidak dapat meneruskan simpanan untuk mereka.

MANFAAT ANAK
(2) Jaminan Tabung Pendidikan (RM33,725.00)*
$$$Dibayar sekaligus (manfaat matang) :-
Pelaburan bersih + Jumlah terkumpul (PIA + PRIA) + Lebihan Dana Risiko (kiranya ada) = RM33,725.00.*

(3) Perlindungan Kematian @ Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
$$$Dibayar sekaligus :-
-(sebab biasa) = RM14,500* & (kemalangan) =RM34,000*
Jumlah perlindungan yang diambil (SC) + Jumlah terkumpul (PIA+PRIA) + Lebihan Dana Risiko ( kiranya ada) = RM14,500*/ RM34,000*.

(4) Manfaat kemalangan separa kekal (RM10,000)
$$$Dibayar mengikut peratusan yang terkandung dalam polisi.

(5) Dana 40 penyakit kritikal (RM10,000)
$$$Dibayar sekaligus :-
Perlindungan yang diambil = RM10,000

(6) Elaun Harian Hospital (RM20 sehari)
$$$Dibayar mengikut hari.
Min adalah sehari = 6 jam didalam wad.

( 7 ) Khairat Urusan Jenazah (RM1,000)
$$$Dibayar dalam tempoh 24 jam.

( 8 ) Anugerah Kecermelangan Pendidikan
$$$Minimum UPSR=5A, UPSR=7A,SPM=7A (setiap A=RM100)

( 9 ) Perlepasan Cukai Pendapatan
$$$Maksima sehingga RM3000.00

( 10 ) BERAMAL JARIAH
$$$Konsep Tabarru' (derma) dalam Dana At-Ta'awuni - menderma demi membantu kemajuan Ekonomi orang Islam.

( 11 ) Dan lain-lain :-
$$$(a) Wang kecemasan
Pengeluaran sebahagian wang tunai sebanyak 50% daripada tabung PIA setelah sijil berkuatkuasa selama 5 tahun & jarak minima 2 tahun & maksima pengeluaran adalah 3 kali.
pst : Tidak dikenakan bunga (faedah).
$$$(b) Simpanan (top-up)
Penambahan kadar sumbangan (min=Rm50) akan dimasukkan 100% kedalam akaun simpanan peribadi (PIA).

Adalah menjadi impian kita sebagai ibu bapa untuk memberikan pendidikan tinggi untuk anak yang tersayang,, namun sekiranya kita tidak menabung mulai dari SEKARANG kemungkinan impian kita akan terkubur. Dan jangan nanti suatu hari nanti anak kita akan menunding jari kepada kita sekiranya kita tidak dapat membekalkan mereka dengan dana pendidikan.

Salam Penuh Takaful

Temubual eksklusif Utusan Malaysia Berhad bersama CEO Etiqa Takaful Berhad


Motivasi

Motivasi luaran hanya mampu bertahan 48 jam sahaja sementara motivasi dalam akan bertahan hingga ke akhir hayat.
Motive + Action = Motivation

Temubual eksklusif Utusan Malaysia Berhad bersama CEO Etiqa Takaful Berhad 

Misi ‘menginsankan’ insurans, takaful

md3


Dato’ Aminuddin Md Desa
WALAUPUN industri insurans dan takaful telah lama bertapak di negara ini namun masih ramai penduduk negara ini yang masih tidak dilindungi dengan kemudahan itu. Malah ramai yang beranggapan insurans adalah sesuatu menyusahkan dengan kerenah birokrasi dan pelbagai proses yang terpaksa dilalui sebelum sebarang tuntutan dapat dibuat.
Menyedari hakikat itu, Etiqa Insurans dan Takaful Bhd. (Etiqa) meletakkan misi untuk mengubah persepsi tersebut dan menjadikan syarikat itu berbeza daripada syarikat-syarikat insurans lain.
Wartawan Utusan Malaysia, SARAH NADLIN ROHIM yang berkesempatan menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, DATUK AMINUDDIN MD. DESA memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai langkah membantu atau menolong insan seperti mana tujuan asal insurans.
SEJAK kebelakangan ini, Etiqa kurang mendapat pendedahan di media atau boleh dikatakan berada dalam keadaan ‘senyap’, boleh Datuk jelaskan keadaan tersebut?
Itu adalah sesuatu yang disengajakan. Kami melancarkan jenama baru pada November 2007. Tahun 2008 adalah tahun yang paling agresif untuk Etiqa memperkenalkan jenama kami dan pada tahun ini kami sedikit perlahan kerana terdapat banyak perubahan berlaku dalam industri takaful dan insurans. Kami mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menonjol.
Apakah yang dilakukan Etiqa pada tahun ini?
Pada tahun ini kami terus mengukuhkan hubungan dengan pelanggan dan ejen, tetapi hubungan awam dikurangkan sedikit. Semasa menjalankan aktiviti penjenamaan, kami di Etiqa telah mengambil pendekatan ‘Kemudahan Insan Asas Pengurusan Kami’. Ia adalah dengan cara memberi perkhidmatan yang mudah dan pantas kepada pelanggan.
Apakah strategi Etiqa pada tahun ini?
Tahun ini kami akan menukar strategi menerusi penyampaian mesej kepada lebih ramai bakal pelanggan dengan menjelaskan bahawa kami adalah jenama yang memberi kemudahan kepada insan.
Bagaimana persepsi orang ramai terhadap insurans dan takaful pada masa ini berbanding dahulu?
Menurut kajian yang dibuat pada 2006, persepsi orang ramai terhadap insurans masih lagi sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Mereka masih lagi beranggapan insurans menyusahkan dengan kerenah birokrasi dan pelbagai proses yang terpaksa dilalui sebelum sebarang tuntutan dapat dibuat.
Apakah langkah untuk Etiqa mengubah persepsi ini?
Kami berhasrat mengubah persepsi ini dan menjadikan Etiqa berbeza daripada syarikat insurans lain. Kalau kita tengok sejarah, langkah membantu atau menolong insan lain telah dimulakan dengan ‘khairat kematian’ di mana penduduk kampung mengumpul wang bersama untuk membantu keluarga menguruskan jenazah ahli keluarga mereka, tanpa perlu banyak proses yang dilalui. Bagi Etiqa kami ingin mengambil pendekatan tersebut. Tujuan insurans adalah memudahkan insan.
Di manakah tahap kesedaran orang ramai mengenai insurans dan takaful.
Antara satu hingga sepuluh. Tahap kesedaran orang ramai masih lagi berada pada paras nombor tiga. Kaji selidik yang dilakukan sebelum ini melibatkan pelbagai bangsa dan tanggapan orang ramai terhadap integriti syarikat insurans masih rendah.
Adakah banyak perbezaan berlaku setelah Bank Negara Malaysia (BNM) menguatkuasakan undang-undang berkaitan syarikat insurans dan takaful?
Perubahan memang berlaku terutama ia banyak memberi perlindungan kepada pemegang polisi dan persepsi masyarakat turut berubah.
Bagaimanakah bentuk perubahan yang bakal berlaku pada Etiqa?
Etiqa ingin berubah dengan menjadi lebih telus dan jelas terhadap polisi kami dan tiada agenda terselindung. Bagi segmen takaful, tanggungjawab kami lebih berat kerana perlu menyediakan produk yang berlandaskan syariah dan kami juga merupakan penggendali takaful terbesar di Malaysia. Etiqa kini mengambil peranan untuk ‘menginsankan’ insurans dan takaful.
Sebagai contoh sekiranya berlaku kematian pemegang polisi, kami telah memberi kebenaran kepada wakil Etiqa untuk menyumbangkan sejumlah wang kepada keluarga si mati bagi menguruskan jenazah tanpa perlu mengisi borang atau sebagainya. Ia terletak dalam kategori manfaat kematian.
Selain itu, apa perbezaan lain antara Etiqa dan pesaing yang lain?
Dari segi produk kami mempunyai berpuluh-puluh produk. Etiqa turut memberi bayaran kepada pemegang polisi yang mengalami kemalangan apabila mereka menghubungi pihak Etiqa tanpa perlu mengisi borang atau sebagainya. Hanya dengan satu panggilan telefon, mereka boleh menerima bayaran tanpa banyak soal.
Sekiranya Etiqa berbuat begitu, tidakkah Datuk bimbang dengan masalah penipuan?
Kami mengambil pendekatan sekiranya pelanggan boleh mempercayai syarikat dengan membayar sejumlah wang pada setiap bulan, kenapa syarikat tidak boleh mempercayai pelanggan. Katakanlah dalam 100 orang, hanya seorang yang membuat tuntutan palsu, kenapa perlu syarikat menghukum 99 pelanggan lagi yang betul-betul memerlukan duit tersebut.
Etiqa ingin berubah dan bergerak ke arah lebih banyak membantu pelanggan. Apa yang boleh saya katakan, di mana terdapat ruang yang boleh digunakan untuk membantu pelanggan kami akan ambil, namun kami masih lagi tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh BNM.
Bagaimana dengan produk-produk baru pada tahun 2010?
Kini Etiqa sedang memantapkan produk-produk kami. Insy-Allah, pada 2010 produk-produk kami lebih berbentuk kemanusiaan, tetapi Etiqa masih belum mengenal pasti berapa banyak produk yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Produk- produk itu akan menepati jenama kita.
Dari segi penguasaan pasaran, di manakah kedudukan Etiqa pada waktu ini?
Penguasaan pasaran kami semakin meningkat. Bagi tahun kewangan lalu, segmen perniagaan takaful telah memantapkan kedudukan kami sebagai nombor satu dengan merekodkan perolehan sebanyak RM1.4 bilion berbanding RM1 bilion sebelumnya.
Dari segi perniagaan keseluruhannya iaitu perniagaan takaful dan am, Etiqa adalah nombor satu di Malaysia. Kedudukan Etiqa bagi perniagaan baru iaitu insurans nyawa dan keluarga masih berada pada kedudukan nombor dua, tahun hadapan kami berharap kedudukan tersebut akan berubah.
Faktor apa yang akan menyebabkan perubahan tersebut?
Kita perlu menjana perniagaan baru dan ia hanya akan dapat dicapai apabila keupayaan kita mantap dengan menghidupkan jenama Etiqa dari segi amalan dan ia akan dibantu dengan pengenalan produk-produk baru. Sasaran kami adalah memantapkan kedudukan dalam industri takaful dengan penguasaan pasaran sekurang-kurangnya 50 peratus serta mengekalkan kedudukan nombor satu dalam insurans am dan takaful am.
Barapa banyak agensi yang dimiliki Etiqa dan apakah perancangan pada masa hadapan?
Jumlah keseluruhan adalah 24,000. Perancangan yang sedang dibuat oleh Etiqa pada masa ini adalah seperti mempertingkatkan infrastruktur dalam talian serta meningkatkan produktiviti bagi mendapatkan akses besar dalam pasaran. Kakitangan kami pada masa ini adalah sebanyak 2,000 orang sahaja.
Bagaimana prestasi keseluruhan mereka?
Kami mempunyai program yang dikenali sebagai 5012 yang bermaksud Etiqa bakal melahirkan 50 jutawan insurans menjelang tahun 2012. Iaitu ejen individu yang menerima komisen sehingga melebihi RM1 juta. Sehingga 30 Jun lalu, kita telah berjaya melahirkan lima ejen jutawan. Kita mengenal pasti 172 ejen-ejen yang berpotensi untuk meningkatkan pengurusan dan perniagaan, ini termasuk insurans dan takaful. Jumlah tersebut boleh bertambah dan Etiqa yakin 50 jutawan atau lebih akan tercapai.
Bagaimana bentuk cabaran pada tahun hadapan?
Cabaran utama adalah bagaimana hendak menghidupkan jenama Etiqa itu sepenuhnya. Penghayatan jenama itu boleh dilihat masyarakat dan untuk dijadikan budaya. Bagi membudayakan konsep menginsankan organisasi itu adalah sangat mencabar.
Bagi saya cabaran perniagaan bukan sesuatu yang sukar tetapi untuk mengubah masyarakat terhadap takaful dan insurans adalah tanggungjawab berat.
Dari segi perniagaan, bagaimana pula?
Untuk mengimbangkan kedua-dua adalah sangat mencabar. Kami berharap dengan langkah menginsankan organisasi ia dapat menarik minat syarikat lain untuk berbuat demikian dan Etiqa bergerak sebagai pencetus.

……………………………………………………………………………………………………………

Etiqa rancang tembusi Indonesia



KUALA LUMPUR 20 Dis. - Etiqa Insurans dan Takaful Bhd. (Etiqa) sedang meninjau untuk memasuki pasaran Indonesia menerusi rancangan pembelian syarikat insurans di negara itu menjelang separuh pertama tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Datuk Aminuddin Md. Desa berkata, pada masa ini syarikat dalam proses mengenal pasti syarikat insurans yang sesuai untuk dimiliki pada harga yang munasabah.
”Etiqa sedang mencari syarikat insurans bersaiz sederhana di Indonesia yang mempunyai infrastruktur asas dengan kakitangan yang tidak melebihi 150 orang.
”Strategi pemasaran kami di negara itu adalah dengan menggunakan lebih 200 cawangan Bank Internasional Indonesia (BII) milik Malayan Banking Bhd. (Maybank),” katanya kepadaUtusan Malaysia di pejabatnya, baru-baru ini.
Etiqa merupakan anak syarikat Maybank.
Tambah Aminuddin, Etiqa akan membeli syarikat insurans konvensional dengan strategi menjual produk takaful melalui konsep jendela.
”Dengan ini, Etiqa dapat menguasai kedua-dua segmen iaitu konvensional dan juga takaful. Sekiranya kami membeli syarikat takaful, Etiqa tidak dapat menjual produk konvensional,” jelasnya.
Mengulas mengenai langkah menembusi pasaran Indonesia dianggap terlewat, Aminuddin menolak pandangan tersebut kerana beranggapan tahun hadapan adalah waktu yang sesuai untuk melaksanakan pemilikan itu memandangkan BII sudah mula menunjukkan prestasi positif.
”Dengan kedudukan BII yang semakin stabil, ia adalah waktu terbaik untuk Etiqa berada di Indonesia,” katanya.
Ditanya mengenai perniagaan lain di luar negara, Aminuddin berkata, Etiqa akan meningkatkan pegangannya dalam Pak Kuwait Takaful Company Ltd. (PKTC), Pakistan kepada 32.5 peratus berbanding 25 peratus sebelum ini.
Langkah tersebut akan menyaksikan Etiqa menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut.
”Di Pakistan kami menggunakan pelan strategi selama tiga tahun bermula tahun ini untuk kekal menjadi nombor satu di sana.
”Manakala di Singapura kami akan mengubah strategi dengan menyesuaikan perniagaan mengikut saiz dan mencari kelainan dalam pasaran kerana pasarannya sangat kompetitif,” katanya.


Balu terima pampasan insurans RM19,000

6240308
BUKIT MERTAJAM - Balu seorang pemandu teksi, mendiang R Shanmugam, 55, menerima cek insurans Tabaruk bernilai RM19,000 daripada Etiqa Takaful Berhad, baru-baru ini sebagai pampasan untuk keluarganya meneruskan kehidupan.
R Ally, 51, berkata, suaminya meninggal dunia akibat beberapa penyakit yang dialami, iaitu darah tinggi, kencing manis dan jantung pada bulan Oktober lalu.
Menurutnya, dia dan tiga anaknya kini ibarat hilang tempat bergantung ekoran ketiadaan suami yang sebelum ini merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam menyara kehidupan mereka sekeluarga.
“Saya amat sedih dengan kematian suami, namun pasrah dengan ketentuan tuhan. Kini, saya terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga bagi membesarkan anak-anak kerana perjalanan mereka masih panjang.
“Selain itu, saya perlu bekerja keras untuk menyara kehidupan harian termasuk persekolahan anak-anak,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian cek insurans khairat kematian Shanmugam di hentian teksi Persatuan Persatuan Pemandu Teksi Summit, Bukit Mertajam (BM), di sini.
Ally yang kini bekerja sebagai tukang jahit di salah sebuah kilang membuat pakaian berkata, wang yang diterima itu akan digunakan sebaik mungkin bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga termasuk ketiga-tiga anaknya yang masih bersekolah.
Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi Summit, Bukit Mertajam (BM), Abd Malik Saad berkata, Shanmugam merupakan salah seorang ahli persatuan yang mencarum dalam insurans berkenaan. Namun, pampasan diterima agak lewat berikutan terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.
Dia berkata, semua ahli dalam persatuan diwajibkan untuk mencarum di dalam insurans itu sebagai jaminan bagi masa depan mereka dan keluarga jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Katanya, setakat ini, seramai 45 ahli persatuan telah menyertai skim insurans berkenaan dan beliau mengalu-alukan lebih ramai ahli untuk menyertainya termasuk ahli keluarga mereka.
“Mereka tidak perlu khuatir kerana hanya perlu membayar sebanyak RM25 untuk tempoh setahun bagi insurans ini. Dan, jumlah pampasan yang akan diterima pula adalah sebanyak RM19,000.
“Namun, bagi pemandu yang berusia 65 tahun ke atas, mereka perlu membayar RM20 setahun dan jumlah pampasan yang diterima adalah RM3,800 sahaja,” katanya.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Summit, BM, Mohd Zaki Omar.
Justeru, beliau berharap agar pemandu teksi bersikap lebih terbuka dan berfikir untuk masa depan masing-masing.
“Menyertai skim insurans bukanlah satu perkara sia-sia kerana ia adalah caruman untuk masa depan mereka dan juga keluarga kerana manusia tidak boleh menjangkakan perkara yang bakal berlaku.
Dia berkata, insurans merupakan satu perlindungan agar keluarga yang ditinggalkan tidak hidup dalam kesusahan.
Sinar Harian 

Hadiah terakhir anak


 
mainpix14
SERAH…Rusli (dua dari kiri) menyerahkan cek kepada
Abdillah sambil disaksikan Ruzila (kanan), semalam.





KUALA TERENGGANU: “Mungkin wang ini hadiah terakhir daripada anak untuk kami, Insya-Allah, wang ini akan digunakan sebaik mungkin,’’ kata Ruzila @ Marizan Ishak, 42, ibu kepada seorang remaja, Amirul Azwan Abdillah, 16, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Kesom, Manir di sini, pada Aidilfitri keempat lalu.
Menurutnya, dia bersyukur dengan pemberian wang pampasan RM44,309.26 daripada Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) selepas mencarum dalam Pelan Pendidikan Anak-Anak (Sarjana) untuk anak keduanya itu sejak dua tahun lalu.
Katanya, walaupun wang berkenaan tidak dapat mengembalikan anaknya, namun ia tetap bermakna dan akan digunakan untuk pembelajaran dua lagi anaknya yang masih bersekolah.
‘’Wang selebihnya pula akan digunakan untuk mengadakan tahlil bagi mendoakan kesejahteraan arwah,’’ katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Petiti, Manir, dekat sini, kelmarin.
Harian Metro pada 26 September lalu melaporkan Amirul Hazwan yang menunggang motosikal Yamaha LC bertembung dengan sebuah motosikal LAIN di Kampung Kesom, Manir, dekat sini, jam 4.30 petang.

Mangsa yang cedera teruk di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan hari.
Sementara itu, Pengurus Agensi Kumpulan Etiqa Kuala Terengganu, Rusli Mejah, berkata ibu mangsa yang juga pencarum pelan itu diberikan pampasan berkenaan kerana penama meninggal dunia sebelum layak menerima wang terbabit pada usia ditetapkan.
Menurutnya, sebanyak 70 peratus ibu bapa di negeri ini belum mencarum dengan mana-mana syarikat atau agensi insurans untuk anak mereka.
Katanya, masih ada ibu bapa yang tidak sedar pentingnya mereka menyertai polisi Sarjana Etika Takaful bagi menjamin masa depan anak masing-masing.
“Saya dapati kebanyakan pelajar yang mahu menyambung belajar terpaksa memohon pinjaman bank atau syarikat kredit bagi menampung kos pembelajaran mereka,’’ katanya.
Metro 

Pampasan insurans demi pendidikan, masa depan anak

62502112
Fatimah ( Dua dari kiri ) menerima cek pampasan bernilai RM28,608.27 daripada Pengurus Agensi Kumpulan. Etiqa Takaful Berhad, Azizam Saidina Othman

ALOR SETAR- Wang pampasan yang diterima oleh balu kepada bekas guru, Fatimah Talib, 48, daripada Etiqa Takaful Berhad berjumlah RM28,608.27 akan digunakan sebaiknya untuk pembiayaan pelajaran anak-anak demi masa hadapan mereka.
Fatimah yang menetap di Taman Shahab di sini, berkata, suaminya meninggal dunia dua bulan lalu akibat penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Menurutnya, pampasan yang diterima daripada takaful itu akan digunakan sebaik mungkin terutama bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak seperti yang diamanatkan arwah sebelum pemergiannya.
“Arwah suami saya ada pesan, kalau terima wang pampasan ini, gunakannya untuk menanggung pelajaran anak-anak kerana ia penting demi menjamin masa depan mereka kelak.
“Jadi saya akan ingat pesanan terakhir arwah dan akan menggunakan wang ini untuk pendidikan anak-anak yang kebanyakannya kini masih belajar lagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, arwah suaminya mula mencarum dengan takaful sejak Julai 2002 dan kini beliau sedar bahawa wang pampasan itu sangat berguna bagi membantunya menyara pelajaran anak-anak tambahan setelah kehilangan suami tercinta.
Menurutnya, kesedaran untuk mencarum itu sangat penting terutama pada saat genting seperti itu.
“Kesedaran memang ada cuma apabila diri sendiri ditimpa musibah, baru kita akan lebih prihatin dengan apa yang berlaku dan berasa ia amat penting bagi setiap orang untuk mencarum demi masa hadapan kerana kita tidak tahu jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku pada bila-bila masa sahaja.
“Selepas ini saya dan anak-anak akan membuat caruman kerana ia membawa kebaikan untuk masa depan semua kerana kita tidak dapat menduga perkara yang bakal berlaku.
“Ia sangat baik sebagai satu perlindungan supaya keluarga yang ditinggalkan tidak hidup dalam kesusahan apabila sesuatu berlaku atas ketua keluarga dan sebagainya,” katanya.
Sinar Harian 25 Disember 2009


etiqalogo



Maklumat asas berkaitan Takaful dan 

Pilihan Perlindungan


Takaful adalah konsep berasaskan fiqh-muamalat berlandaskan syariah islam. Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Keistimewaan Takaful ialah amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang bebas daripada sebarang
  • Unsur Riba (faedah)
  • Maisir (perjudian)
  • Gharar (tidak jelas).
Pilihan perlindungan yang ditawarkan adalah
  • Takaful Keluarga ( melindungi individu dan sekeluarga )
  • Takaful Perniagaan ( perancangan perlindungan syarikat dan kesinambungan dalam aktiviti perniagaan )
  • Takaful Perubatan ( melindungi keluarga dari kos perubatan hospital )
  • Takaful Pendidikan ( perlindungan dan pelan perancangan pendidikan )
  • Takaful Kemalangan diri ( perlindugan dari kemalangan )

Related posts:
  1. Apa itu Takaful Takaful boleh disimpulkan sebagai salah satu konsep insuran, berlandaskan perbankan...
  2. Jumlah Perlindungan Insuran Takaful yang Diperlukan Bagi Keluarga Islam di Malaysia Takaful adalah suatu bentuk perlindungan bagi membantu diri sendiri, keluarga...
  3. Pelan Pendidikan Takaful Pelan pendidikan Takaful adalah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan...
  4. Bagaimana Memilih Pelan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance) Banyak faktor perlu diambil kira dalam membuat pemilihan perlindungan takaful...
  5. Perancangan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance ) – Pemberian Kepada Mereka Yang TersayangYang muda akan menjadi tua, Yang hidup pastinya akan mati....

Langkah-langkah Menggalakkan Pengurusan Kewangan Berhemat dan Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab.

Langkah-langkah Menggalakkan Pengurusan Kewangan Berhemat dan Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab.


Pengenalan

Penggunaan kad kredit, yang dikeluarkan oleh institusi-institusi perbankan dan pengeluar yang lain, semakinmendapat tempat sebagai instrumen pembayaran di kalangan rakyat Malaysia. Statistik Laporan Tahunan BankNegara Malaysia setakat Jun 2011 telah menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai purata baki tertunggaksebanyak RM3,900 untuk setiap kad kredit yang dimiliki. Sehubungan ini, perkembangan penggunaan kadkredit yang semakin meluas perlu dipantau dengan sewajarnya bagi melindungi kepentingan pengguna secarakeseluruhannya.

Langkah-langkah Baru

Sebagai langkah menggalakkan amalan perniagaan yang wajar dan bertanggungjawab oleh pengeluar kadkredit, beberapa langkah baru telah diperkenalkan yang akan berkuatkuasa mulai 2012. Antara langkah-langkah yang diperkenalkan adalah:
Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000setahun; dan
Bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kadkredit daripada dua pengeluar kad sahaja. Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kadpilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahununtuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini. Di samping itu, had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar. Sekiranya pemegang kad sedia adamempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan, pemegang diberi tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini. 


Pengeluar kad disarankan agar berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selain itu,pemegang kad juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusan hutang mereka.

Tanggungjawab Pengeluar Kad Kredit Dalam Pemberian Kad Kredit 
Wajar, telus dan bertanggungjawab dalam memasarkan dan menawarkan kad kredit kepadapengguna.
Tidak dibenarkan untuk menaikkan had kredit pemegang kad tanpa persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.

Tidak dibenarkan untuk menawarkan pendahuluan kredit dalam bentuk cek berbayar kepadapemegang kad melainkan pemegang kad kredit telah memohon untuk pendahuluan kredit.
Memudahkan pengguna membuat perbandingan dan keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi, pengeluar kad dikehendaki menyediakan lembaran penzahiran produk (product disclosure sheet) yang mengandungi maklumat penting mengenai ciri-ciri kad, fi dan tanggungjawab pemegangkad.

Memberikan peringatan dengan jelas untuk memberitahu pemegang kad akan implikasi jika hanyamembuat bayaran semula secara minimum dan sebahagian.
Memaklumkan maklumat khusus mengenai tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhanbaki pinjaman pemegang kad kredit dan jumlah kos faedah sekiranya pemegang kad kredit hanyamembuat pembayaran minimum akan dikeluarkan kepada setiap pemegang kad setiap akhir tahunberkuat kuasa untuk penyata tahunan yang dikeluarkan mulai bulan Disember 2011.

Penambahbaikan ciri keselamatan infrastruktur kad kredit
Pemberitahuan transaksi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) akan dilaksanakan oleh pengeluar kad kepada pemegang kad mereka selepas transaksi dilakukan. 
Langkah ini akan disusuli dengan pelaksanaan pengesahan nombor pengesahan peribadi (Personal Identification Number, PIN) untuk semua transaksi kad kredit mulai 1 Januari 2015. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan garis panduan baharu kad kredit tersebut boleh menghubungi ABM Connect di 1-300-88-9980, pusat hubungan pengeluar kad masing-masing dan TELELINK Bank Negara Malaysia di 1300-88-5465.



Etiqa Insurance Berhad

General Information
Alamat HQ:Level 19, Tower C, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.
Telefon:+603 2176 9000 / 9200
Faksimili:+603 2176 9090
Laman Web:www.etiqa.com.my
  
 
Unit Pengaduan
Nama Jabatan:Complaint Management Unit
Hubungi:Puan Rohayu Mohamad Anuar
Alamat:Level 4, Tower C, Dataran Maybank, No 1 Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur
Telefon:1-300-13-8888
Faksimili:+603 2785 3093
Emel:info@etiqa.com.my
  


Etiqa Insurance Berhad HQ


Etiqa Insurance Berhad

General Information
Alamat HQ:Level 19, Tower C, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.
Telefon:+603 2176 9000 / 9200
Faksimili:+603 2176 9090
Laman Web:www.etiqa.com.my
  
 
Unit Pengaduan
Nama Jabatan:Complaint Management Unit
Hubungi:Puan Rohayu Mohamad Anuar
Alamat:Level 4, Tower C, Dataran Maybank, No 1 Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur
Telefon:1-300-13-8888
Faksimili:+603 2785 3093
Emel:info@etiqa.com.my
  



 
Perlu maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan insurans? Tidak pasti apa yang perlu dibuat apabila berdepan dengan masalah insurans? Jawapan yang anda cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami.

Hanya klik topik yang berkenaan daripada senarai di bawah:
 
PILIH TOPIK
PILIH PERLINDUNGAN
 MELINDUNGI MASA DEPAN ANDA
 Insurans Hayat
 Anuiti Persaraan
 Insurans Berkaitan Pelaburan
 Polisi Pendidikan Anak
  
 MELINDUNGI KESIHATAN ANDA
 Insurans Perubatan & Kesihatan
  
 MELINDUNGI HARTA BENDA ANDA
 Insurans Empunya Rumah/Isi Rumah
 Insurans Motor
  
 MELINDUNGI KEPERLUAN PERIBADI ANDA
 Insurans Kemalangan Diri
 Insurans Perjalanan
PILIH PELAN TAKAFUL
 PERLINDUNGAN UNTUK ANDA DAN KELUARGA
 Takaful Keluarga
 Takaful Berkaitan Pelaburan
 Pelan Pendidikan Anak
  
 PERLINDUNGAN UNTUK KESIHATAN ANDA
 Takaful Perubatan & Kesihatan
  
 PERLINDUNGAN UNTUK HAKMILIK ANDA
 Takaful Empunya/Isi Rumah
 Takaful Motor
  
 PERLINDUNGAN KEPERLUAN PERIBADI
 Takaful Kemalangan Diri
  
 
 
MAKLUMAT AM
 Biro Kredit
 Matawang Malaysia
KHIDMAT NASIHAT
 Kepentingan Membuat Penamaan
 Lindungi Diri Anda Daripada Penipuan Insurans
 
 Saya Mahu...
  
 

Emel laman ini kepada teman

Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
  
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...